Mungkin Indonesia kecewa menyaksikan Skuad Kebangsaan Bawah 23 tahun membaham Thailand 2-1 semalam. Dendam Indon sukarkan Malaysia gagal.

Stadium Gelora Bung Karnor, Jakarta, menjadi saksi pasukan kendalian Ong Kim Swee berjaya menebus maruah  selepas seri tanpa jaringan menentang Singapura pada saingan Pembukaan A sebelum ini.

Izzaq Faris Ramlan dijulang sebagai wira negara selepas penyerang gantian berkenaan meledak gol di gawang lawan pada minit ke-85 perlawanan.

Percaturan Kim Swee memposisikan Izzaq bagi menggantikan pemain sayap Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pada minit 80 ajaib sebagai penyudah pada umpan Baddrol Bakhtiar.

Sebelum pada itu, Baddrol sendiri berjaya memecahkan benteng pertahanan Thai sehingga penjaga gol Ukrit Wongmeena tidak mampu lagi mengekang rembatan kapten negara pada minit ke25.

Kim Swee dalam satu reaksi spontan, beliau seakan memberi isyarat kepada semua bahawa beliau mempunyai formula yang ampuh menghukum penganjur Sukan Sea 2011 yang didakwa menyukarkan malaysia.

Skuad kebangsaan Harimau Muda merupakan juara dalam Sukan Sea lepas.



PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com