Ong Kim Swee seakan memberi satu "kenyataan psikologi balikan" kepada anak didiknya dalam aksi ketiga Kumpulan A Sukan Sea 2011 menentang Kemboja bermula 5 petang ini (waktu tempatan) di Stadium Bung Karno, Jakarta.

Ramai percaya "reverse psychology" oleh jurulatih Skuad Harimau Muda itu sebagai persediaan menghadapi pendahulu kumpulan A, iaitu Indonesia.

Kim Swee berkata skuadnya tidak mensasarkan pesta gol dalam menghadapi Kemboja.

Skuad Harimau Muda, katanya, hanya memburu tiga mata penuh sahaja.

"Bagi saya, jumlah gol tidak begitu penting. Apa yang lebih penting adalah mencapai kemenangan ke atas Komboja, seterusnya membolehkan kita mengutip mata penuh.

"Saya tidak mahu pemain (Harimau Muda) tertekan sekiranya saya meletakkan sasaran gol. Saya mahu mereka bermain mengikut perancangan dan percaturan yang telah dibuat," ujar beliau.

Aski saingan sebelum ini menyaksikan Komboja dibaham Indonesia 0-6 sebelum dijinakkan Singapura 2-1.

Manakala kelmarin, gawang Komboja terus lolos 0-4 diserang Thailand.

Perkembangan tersebut sebenarnya menyaksikan Malaysia bakal melalui laluan yang selesa kerana Thailand sebelum ini berjaya ditundukkan 2-1 ketika menentang Harimau Muda.

Kim Swee tetap mengeluarkan kenyataan "psikologikal balikan" demi melonjak naik Malaysia dalam Kumpulan A.

"Sasaran kami hanya tiga mata, tiga kira berapa jumlah gogol (yang mampu merodok gawang lawan). Tetapi saya telahpun mengingatkan pemain supaya jangan memandang rendah keupayaan Kemboja.

"Walaupun Kemboja tewas dalam ketiga-tiga perlawanan, saya tidak mahu para pemain leka. Sebaliknya, mereka harus fokus sepanjang perlawanan berlangsung (petang ini)," ujarnya.

Beliau turut menasihatkan anak didikannya supaya mengelak dari layangan kad kuning atau kad merah dalam perlawanan penting petang ini.

Katanya, layangan kad kuning atau merah bakal merencatkan perancangannya menjerut leher Indonesia pada aksi akhir Kumpulan A Khamis ini.

Sehingga kini, empat Harimau Muda telahpun mengutip kad kuning.

Mereka, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Syahrul Azwari Ibrahim. Jika mereka dikenakan kad kuning pada perlawanan kali ini, akan merencatkan aksi mereka membenamkan keangkuhan Indonesia.

""Walaupun keempat-empat pemain itu telah menerima satu kad kuning, tetapi itu tidak bermakna saya akan merehatkan mereka (petang ini).

"Saya perlu menurunkan barisan (pemain) terkuat ketika menentang Kemboja nanti dan mungkin saya akan membuat pertukaran (pemain) sekiranya keadaan memerlukan," jelas Kim Swee.

Selepas mengharungi dua aksi di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia unggul di hadapan dalam Kumpulan A dengan enam mata. Harimau Muda di balakang Indonesia dengan empat mata.

Singapura, empat mata dalam tiga aksi perlawanan sebelum ini. Manakala Thailand mempunyai tiga mata dalam dua aksi perlawanan.

Kemboja menyimpan harapan dalam aksi menentang Malaysia petang ini kerana mereka masih gagal meraih sebarang mata.



Klik di atas


PenangdailyTV

Facebook

Hubungi Kami

Editor in Chief
Hajeeanua
Email: anua@penangdaily.com
Facebook

Pengarang
Hafiz
Nujumraja
Buraqs

Webmaster
Muaz.net
Email: contact@penangdaily.com
Facebook

Pengurus Iklan
Buraqs
Email: ads@penangdaily.com